
Kutipan Derma Kilat untuk En. Farudin
Seorang bapa kepada 3 orang anak ini sedang berhadapan dengan detik-detik ujian yang sangat getir.
Berusia 38 tahun dia kini disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung. Bukan itu sahaja doktor juga memberitahu bahawa injap jantung En. Farudin sudah tidak berfungsi malahan paru-parunya turut dijangkiti kuman.
Dia yang telah lumpuh sebelah badan pada 11 tahun lalu tidak sangka akan mendapat satu lagi ujian besar buat dirinya dan keluarga.
Bagi merawat penyakitnya itu, En Farudin perlu menjalani pembedahan injap jantung dengan segara. Kos pemedahan itu menelan perbelanjaan sebanyak RM25,000.00 . Ia merupakan 1 kos yang agak tinggi bagi seorang yang hanya menjalankan kerja-kerja kampung dan pembawa bot ini.
Kini lebih menyedihkan laginya isterinya terpaksa menggalas tanggungjawab mencari nafkah bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anak-anak yang masih kecil terpaksa berkorban dan melalui hari-hari sedih mereka apabila terpaksa berjauhan dengan bapanya yang perlu tinggal di wad hospital dan ibu mereka pula sibuk berhempas pulas mencari rezeki.
Sewaktu pihak pertubuhan NGO Krayon for Society Organisation menziarahi En. Farudin di Hospital Sungai Petani, Kedah menitis air matanya mengenangkan nasib yang perlu dilalui oleh anak-anaknya atas ujian yang datang ini.
Semangat En. Farudin dilihat begitu tinggi untuk meneruskan kehidupan kerana dia teringin sekali melihat anak-anaknya dapat membesar dengan baik di depan matanya dan bercita-cita untuk kembali sihat agar dapat bekerja bagi menyara keluarganya.
Justeru, pihak NGO Krayon for Society Organisation bersimpati di atas ujianya itu dan kini kami mengambil inisiatif dengan menggerakkan Tabung Kutipan Derma Kilat untuk En. Farudin bagi membolehkan orang ramai turut bersama-sama dapat membantunya sekeluarga dan agar dia dapat menjalani rawatan pemedahan dengan segera.
Sempena dengan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat ini , kami ingin mengajak dan merayu kepada anda untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan ujian yang sedang En. Farudin lalui ini.
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w ,
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”(Riwayat Muslim (2699)
Bersedakah di bulan Ramadan juga dijanjikan dengan ganjaran pahala yang banyak seperti yang di Sabda oleh Nabi s.a.w “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi petugas kemanusiaan Krayon for Society di talian 013-413 5329 (En. Shauqi) atau 012-697 4993 (En. Faiq)