Akaun fnsahabatempire.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Projek Prihatin Qurban

Projek Prihatin Qurban

PROJEK PRIHATIN QURBAN 1444 HIJRAH

Krayon for Society Organisation berbesar hati ingin menjemput saudara saudari sekalian untuk menjalankan Ibadah Qurban tahun ini bersama-sama dengan kami. 


In shaa Allah daging haiwan ibadah qurban anda akan kami uruskan dan agihkan kepada kumpulan fakir miskin dan asnaf yang berada di dalam negara.


Tahun ini kami menyasarkan untuk mengagihkan sumbangan daging qurban kepada kumpulan sasar yang berada di sekitar Melaka, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Untuk maklumat semua, sejak kebelakang ini terlalu ramai rakyat Malaysia yang menjalankan Ibadah Qurban di luar negara sehingga mengakibatkan ramai golongan fakir miskin dan asnaf di dalam negara terutama mereka yang tinggal di kawasan kurang membangun tidak dapat menikmati daging korban pada hari raya Aidiladha.


Pernah kami mendapat maklumat sebuah kampung yang mempunyai penduduk yang ramai hanya ada seekor sahaja lembu yang di korban pada hari raya Aidiladha yang lalu. Sehingga agihan daging qurban tidak dapat diagihkan kepada semua kerana tidak mencukupi.

Pasti akan menyebabkan segelintir daripada mereka terkilan 

Pada tahun lalu kami menjalankan projek qurban di perkampungan orang Asli di Baling Kedah. Tahun ini kami ingin meluaskan lagi dan menyasarkan lebih ramai lagi fakir miskin dan asnaf di Malaysia yang akan dapat menikmati hidangan daging segar pada hari raya Aidiladha yang akan datang.


Pakej Qurban yang kami tawarkan adalah seperti berikut :-

  • 1 Bahagian Lembu - RM890
  • 1 Ekor Lembu - RM6,230.00
  • 1 Ekor Kambing - RM1,500.00

Anda juga boleh membuat bayaran secara ansuran sebanyak 6 kali dan bayaran perlu diselesaikan seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha.


INFAK DAGING


Bagi mereka yang ingin menyantuni fakir miskin dan asnaf namun tidak mempunyai kemampuan dana yang cukup untuk berkorban, anda boleh menyertai kami di dalam pakej INFAK DAGING. 

Satu slot infak berjumlah RM15.00 sahaja. Hulurlah semampu anda untuk menggembirakan mereka yang kurang bernasib baik.


AKTIVITI QURBAN & AGIHAN SUMBANGAN DAGING SEGAR KEPADA

FAKIR MISKIN & ASNAF